.:abg nuffnang duk sini:.

bloggua.Vs.guablog

kenalan yang busuk. opsss sorry.

.:nuffnang ads:.

Thursday, May 10, 2012

hilangkan mengantuk dalam kelas

assalamualaikum.

mesti kamu (xnak guna korg dah, nak blaja guna bahasa sopan. heheh) opps. ok start balik. mesti kamu semua pernah kan mengantuk dalam kelas kan? jangan nak menipu sangat la kalau cakap tak tu kan. se'nerd' manapon kamu mesti kamu akan pernah menguap dalam kelas. jadi aku nak kongsikan pengalaman aku sendiri. mcm mana aku handle mengantuk yang melampau ketika dalam kelas.

~tadi pagi mengantuk giler dalam kelas akaun. perghh. kalau la boleh ponteng~

# gigit bibir, lidah, jari
motif? gigit kuat-kuat sampai rasa sakit. bila sakit hilang la sikit mengantuk tu. tapi xtahan lama jugak. dalam 5 minit hilang la mengantuk tu. kalau kamu nak lagi best pegi kelas bawak jarum cucuk je kat jari. muahaha. biar sakit asal xtido dalam kelas. gila kejam tips aku. ok, kalau xsanggup jangan ikut. sila rujuk tips #2
# senyum sorang
tips ni xsakit. tp amik masa jugak nak berkesan. nak-nak kalau mengantuk kamu tu dah tahap menggangu kenormalan mental dan fizikal. silap senyum lecturer cakap kamu gila. jadi jangan senyum sorang-sorang. kamu tengok la mana-mana kawan-kawan yang mengantuk juga tu, senyum kat dia lebar-lebar sambil angkat kening. kompem lepas tu segar bijik mata. kalau nak lagi best tgok kat mana-mana abg atau adik yang hot atau perasan hot tu. kamu kenyit mata. haha. seronok jgak bt orang perasan ni.
# makan asam

~sedapnya. kecuq luiq~
orang cakap nak hilang mengantuk makan gula-gula. tapi pada aku belum pon lumat gula-gula tu aku kunyah mengantuk aku dah datang balik. jadi yang lebih berkesan ialah makan asam. sebabnya mudah je. asam yang masam menyebabkan deria rasa kita berfungsi. dan muka kita akan berkerut melawan rasa masam jadi mengantuk boleh hilang tp jangan la pulak kamu makan sampai xingat dunia. nnti bengap aku jugak yg dipersalah. stress la mcm ni.
 # berkhayal sekejap
oit, sekejap je tau. kamu bayangkan je la apa-apa. tengah menari-nari dipadang rumput dengan hero hindustan kacuk korea ke. yang penting jangan berkhayal tengah tido dalam bilik. kompom mengantuk lagi bertambah. tapi jgn la pulak berkhayal sepanjang kelas. bila mengantuk dah hilang fokus la balik.

# tengok orang lain yang mengantuk

~jangan la pulak sampai gelak berdekah2. amboi time orang tersengguk~
bila kamu tengok orang tido dalam kelas apa kamu rasa? dengan muka yang dah xpeduli apa-apa, duk tersengguk2 sampai kadang2 terpusing2 kepala. hahaha. mesti nak gelak kan? bila gelak hilang mengantuk. jadi secara automatik mengantuk kita hilang. haha. seronok pulak. kejap lagi kelas aku nak try la. kih3
# paham apa yang lecturer ajar
memang la lecturer biasa mengajar ala2 bagi ceramah. cakap je panjang2. 15 minit pertama semua dah lali. rasa mcm kna dodoi pon ada. tapi try kamu fokus. tarik nafas. bukak buku. tulis apa yang lecturer cakap. buat nota ringkas. biar kamu faham. bila dah faham xde la nak tidonya.
# melukis

~kalau hangpa xtau nak lukis apa. pe kata hangpa lulis gmbaq aku. hik3~ erk! tu bukan aku ok
kalau dah tak paham2 jgak apa yang diajar. lepastu campur lagi malas giler. nak2 pulak baru lepas makan nasi lemak kat kafe. memang layan la klau mengantuk tu tahap maksima cecah petala kelapan belas dah. apa kata amik satu kertas. pastu korang lukis la apa2. dengan syarat lukisan tu comel. sebab kalau buruk korang mesti dah hilang terus mood nak melukis. bila comel rasa nak lukis lagi. jadi xde la mgantuk
ok dah. kenapa aku bagi tips nak hilang mengantuk instead of tips nak fokus? sebab kadang-kadang ada satu masa yang kita memang tak boleh fokus. nak2 time perut buat hal. nak g toilet xde maknanya la. malu nak keluar. *nanti orang tau aku nak pegi buang. heheh! jadi at least kamu semua xmengantuk dalam kelas. xde la tersentuh tersentap hati lecturer tu bila tengok student dia segar biji mata. walaupun dia xtau yang kita paham ke x. bab paham ke x boleh study nanti nak exam. kih3

.mugmerah : kalau mengnatuk jugak xtau la aku pon. keluar je la g toilet selam muka lam mangkuk *&%E@!
 

4 comments:

  1. ahaha. shu kalau ngtok dalam class conteng buku le jawabnye :D

    ReplyDelete
  2. Tips yang berguna. Saya masa sekolah dulu selalu sangat tertidur dalam kelas. hehe ^^

    ReplyDelete
  3. kehkeh....tips2 tu slalu jugak hana buat dalam kelas...tapi main kenyit mata n gigit2 lidah tu belom cuba lagi ...nak try jugak la...kehkeh

    ReplyDelete
  4. Hohoho !! Asam ?? Kesukaan Ed . Hehe , smpaikan kena tegur dgn Mom . Sbb dia ckp , slalu nye pompuan jea yg suka Asam . Kalau Ed , sminggu xmakan . Mmg xsah . Haha !!

    ReplyDelete

jom kongsi pendapat dengan mugmerah.

.:iklan nuffnang:.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...